Bonai perjelas isu perpindahannya ke PKNS

Setelah pihak kami berjaya menghubungi Bonai untuk memberi penjelasan berkenaan isu perpindahannya ke Pkns yang seolah-olah tidak mendapat restu FAS, Bonai dalam respon singkatnya berkata dokumen yang ditandatangani cuma MoU sahaja dan bukan kontrak dan jika tiada tawaran rasmi dalam tempoh sebulan maka MOU itu dianggap terbatal.

Beliau juga menyatakan yang surat tolak tawaran telah dihantar kepada FA dan bukan seperti yang dinyatakan oleh Razali Dolhan dalam laporan Utusan Sarawak yang dikeluarkan pada 14/12/17. Bonai juga telah menyerahkan kepada ejennya untuk mengemukakan permohonan ke FAM.

Apa-apa pun dipihak SSB, kami amat berharap supaya perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin dan semestinya perlu ada situasi menang-menang untuk kedua-dua belah pihak.

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *