Mandi Ais: Memulihkan kesegaran badan pemain dengan pantas

Mungkin pembaca Shoot Sampei Bisak (SSB) sudah biasa mendengar bahawa ais boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada tubuh badan seperti melemahkan penghadaman yang membawa kepada masalah perut buncit, menjadikan tubuh mudah letih dan sebagainya.

Tetapi itu terjadi apabila anda sering mengamalkan minum air sejuk atau mengunyah ais batu. Namun, tahukah anda, jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan.

Usain Bolt juga menggunakan mandi ais sebagai cara memulihkan kesegaran kaki beliau untuk acara seterusnya.

Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.

Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Luke Shaw mandi ais selepas menjalani latihan rutin Manchester United

Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.

Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak.

Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.

Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

Giroud dan Aaron Ramsey memulihkan kesegaran badan dengan berendam dalam tube berisi air ais

Air sejuk juga dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat apabila ia membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk dapat membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda.

Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.

Adakah perlukan kos mahal untuk buat recovery ice ini?

Tidak! Anda boleh ambil contoh digunakan pemain proffesional ini, mereka menggunakan tong (macam tong sampah DBKU). Mudah dan praktikal!

Theo Wallcott berendam dalam tong berisi air ais

 

Charlton Athletic’s Jimmy Floyd Hasselbaink mandi ais selepas berlatih
Tak payah fikir nak buat bangunan sendiri semata-mata untuk mandi ais

Berapa lama masa untuk berendam dalam air ais?

Ahli terapi mencadangkan bahawa pemain sepatutnya mengambil rawatan mandi ais selama 10-20 minit bagi setiap sesi.

Bagaimana cara mandi air ais?
Pertama, isi tab dengan air sejuk. Seterusnya, tambahkan ais dan biarkan air menjadi sejuk, pemain masuk dalam tong dan berendam diri. Kemudian, tambah lagi ais. Dengan cara ini, air secara beransur-ansur menjadi sejuk, membolehkan pemain mendapat manfaat maksima dari mandi ais.

 

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *