FAS diarahkan bayar pampasan gaji RM118,000 kepada bekas pemain

FAS diarahkan bayar pampasan berjumlah RM118,000 kepada dua orang bekas pemain Sarawak. SSB dimaklumkan bahawa tindakan menggugurkan pemain-pemain ini dibuat sebelum perlantikan Presiden FAS yang baru iaitu Dato Posa Majais. Maklumat lengkap adalah seperti berikut:

Tuntutan dikemukakan oleh pemain, Mohd Iqbal Bin Mohd Suhimi terhadap Persatuan Bolasepak Sarawak berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak Sarawak dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM58,000 dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini. Jika Persatuan Bolasepak Sarawak gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

Tuntutan dikemukakan oleh pemain, K Thanaraj terhadap Persatuan Bolasepak Sarawak berhubung penamatan kontrak secara sebelah pihak

Keputusan: Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan Persatuan Bolasepak Sarawak dikehendaki membayar pampasan gaji berjumlah RM60,000 dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini. Jika Persatuan Bolasepak Sarawak gagal membayar jumlah yang dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM, untuk pertimbangan dan keputusan rasmi.

Ex Sarawak U-14 right winger. I stopped playing football because I’d done as much as I could. I needed something which was going to excite me as much as football had excited me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *