Sarawak uji tiga pasukan di semenanjung

Pasukan Sarawak bakal menguji tiga pasukan dalam jelajah siri perlawanan persahabatan di Semenanjung Malaysia bermula dari 12 Januari sehingga 18 Januari ini.

Menurut presiden FAS, Dato Posa Majais yang dipetik dari laporan Borneo Post, pasukan Sarawak akan menentang pasukan Felcra FC pada 13 Januari di padang UM. Pada 15 Januari mereka dijangka akan menentang UiTM FC di padang UiTM manakala perlawanan persahabatan terakhir pada 17 Januari, mereka akan menentang Felda United di Kompleks Sukan BSN, Bangi.

Menurutnya lagi, perlawanan persahabatan itu adalah untuk menguji keserasian dan kerjasama pasukan terutama sekali pemain-pemain import baru yang bakal membarisi pasukan selain memperbaiki kesilapan dalam memperkasakan pasukan dalam menghadapi saingan Liga Perdana yang bakal bermula pada 2 Febuari depan.

Dalam pada itu, pasukan Sarawak akan memuktamadkan pasukan selewat-lewatnya pada 10 Januari ini bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2018.

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *