Lima sebab kenapa kemenangan pertama penting

Sarawak akan memulakan cabaran pertama di kempen Liga Perdana 2018 petang ini. 5 sebab kenapa kemenangan pertama sangat penting.

1. Amaran Awal Sebagai Pencabar Utama
Tahun 2013, Sarawak mencatatkan kemenangan besar 4-0 pada perlawanan pertama. Sejak kemenangan itu Sarawak tidak pernah gagal berada kedudukan terbaik sehingga penghujung musim bergelar juara. Justeru, kemenangan pertama menentang Kuantan FA harusi dicari sebagai amaran awal kepada pasukan lain Sarawak tidak harus dipandang sebelah mata.

2. Tarik Sokongan Penyokong Ke Stadium
Bukan satu perkara yang mudah untuk menarik penyokong ke stadium untuk perlawanan yang dilangsungkan pada waktu petang dan hari berkerja ! Kali terakhir Sarawak beraksi pada waktu petang ialah pada tahun 2011. Permulaan yang positif serta konsisten amat perlu jika mahu menarik dan mengekalkan jumlah penonton yang ramai ke stadium.

3. Buktikan Pemilihan Pemain Tepat
Pelbagai kemelut isu menjadi tatapan penyokong sebelum tiba ke hari perlawanan pertama. Bermula daripada isu pengguguran, pemilihan pemain import serta adanya nama-nama yang tidak dipanggil untuk pemilihan. Kemenangan pertama ini sekurang-kurang memberi ‘isyarat’ ada cahaya dalam kelam.

4. Buktikan Pemilihan Ian Gillan Tepat
Kredibiliti Ian Gillan selaku jurulatih baru Sarawak ajan teruji pada petang ini. Perlawanan pertama akan memberi gambaran awal sejauh mana ‘bersedianya’ untuk pertarungan sebenar. Selaku jurulatih profesional, Ian Gillan semestinya kredibilitnya menjadi taruhan untuk perlawanan pertama.

5. KPI Awal 3 Perlawanan
Secara kebiasaanya, tiga perlawanan awal akan dijadikan kayu pengukur sejauh mana kemampuan Sarawak bersaing musim ini. Tanpa memilih siapa lawan, tiga atau lima perlawanan mesti menghasilkan keputusan yang baik. Sesuatu yabg harus disedari, untuk ke Liga Super 2019 Sarawak WAJIB berada kedudukan dua terbaik dari awal sehingga je akhir musim serta mengelakkan keciciran mata.

There is only you and your camera. The limitations in your photography are in yourself, for what we see is what we are.

Leave a Reply