[Video] Reaksi Suarez Bila Rasa Makanan Malaysia

“I Can’t Talk, It’s Spicy”

“Pedasnya Sampai Tak Boleh Cakap”

Begitulah reaksi Luis Suarez dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Tourism Malaysia memaparkan penyerang kebangsaan Uruguay itu sedang menikmati makanan rakyat Malaysia seperti popiah,nasi Lemak, roti canai dan sate.

Bekas penyerang Liverpool itu yang kini bermain untuk Barcelona telah dilantik sebagai duta Tourism Malaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia untuk mempromosi industri pelancongan Malaysia kepada masyarakat dunia. Bercakap perlantikannya sebagai duta, Suarez melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, dimana beliau menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya, disamping pantai dan pulau yang indah.

Perjanjian yang ditandatangani selama setahun itu diharap bakal menambah minat pelancong luar untuk berkunjung ke Malaysia dengambil kira pengaruh Suarez seluruh dunia.

Kredit: Tourism Malaysia

The Writer …

Leave a Reply