Pertahanan Sarawak Perlu Waspada Temu Felcra FC

Feb 9, kesilapan mudah seperti melepaskan gol di awal permainan ketika bertemu Terengganu FC II tempoh hari perlu dielakkan oleh pertahanan Sarawak jika ingin meraih mata penuh. Sarawak akan beraksi sekali lagi di laman sendiri menentang Felcra FC pada hari Sabtu ini pada jam 415 petang.

Penolong jurulatih Sarawak Pengiran Bala seperti yang dilaporkan oleh Utusan Borneo pada hari ini tidak mahu pemain memandang rendah kemampuan lawan apalagi lambat menyesuaikan diri sebaik sahaja perlawanan bermula. Sarawak masih bermain tanpa ketua jurulatihnya Ian Gillan yang kini masih berada di Scotland. Sarawak dijangka akan mengekalkan kesebelasan utama yang sama seperti perlawanan tempoh hari termasuk pertahanan import bepengalaman dari Korea Selatan Kim Chi Gon. Pemain ini dilaporkan mengalami kekejangan pada penampilan pertama dan terpaksa dikeluarkan di separuh masa kedua ketika aksi di Kuala Terengganu pada Isnin lepas.

Dalam masa yang sama SSB berharap Sarawak menyusun atur semula jentera tengahnya supaya lebih agresif mencipta gerakan untuk rakan di bahagian serangan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Kemenangan pada perlawanan esok adalah sangat penting untuk menjarakkan kedudukan dengan pasukan lawan. Peluang beraksi di tempat sendiri seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Info : Utusan Borneo / SSB

Foto: Terengganu Football Club

The Writer …

Leave a Reply