‘Greatest Comeback’ Oleh Felcra FC Di Penghujung Perlawanan

Feb 10, selagi perlawanan belum berakhir selagi itulah belum ada jaminan tiga mata dalam genggaman walaupun mendahului lawan dengan jaringan selesa. Inilah yang terjadi kepada Sarawak yang melepaskan genggaman tiga mata yang seakan sudah pasti berada di dalam genggaman. Casagrande Anselmo membuktikannya dengan tiga gol pada  minit ke 87, 90+2,90+4

SSB menyenaraikan kronologi yang berlaku di penghujung perlawanan yang sudah menjangkau minit ke 86. Kelekaaan dan kesilapan percaturan yang akhirnya membawa padah kepada Sarawak tewas 2-3 walaupun sudah selesa mendahului 2-0 pada satu ketika. Casagrande Anselmo yang menjaringkan hatrik memanfaatkan setiap hantaran tinggi oleh rakan sepasukan walaupun hampir tewas. Pemain-pemain Sarawak yang jelas keletihan pada 5 minit terakhir perlawanan tidak berupaya menyekat asakan bertali arus lawan.

Minit 87
Sarawak bolos satu gol. Formasi 4-4-2 masih diterapkan. Walaupun mempunyai seorang lagi yang boleh dibuat pertukaran. Hairol mokhtar telah pun mengalami kecederaan selepas Kim dikeluarkan. Tiada urgency dari coach untuk membuat perubahan formasi dengan pemain tengah terutamanya Nebo yang telah pun hilang arah.

Min 90:
Felcra menyamakan kedudukan. Sarawak masih lagi mengekalkan formasi 4-4-2 tiada arahan untuk menamatkan perlawanan dengan seri.

Min 92:
Anselmo menghukum barisan pertahanan dengan glancing header ketiga beliau untuk jaringan hatrik.

The Writer …

Leave a Reply