Tiada Alasan Untuk Tidak Menang

Feb 10, berdasarkan keadaan terkini pasukan serta ulasan baik dari jurulatih atau pengurus pasukan, Sarawak dilihat tidak memiliki sebarang alasan untuk tidak menang pada hari ini.

Pengurus pasukan Sarawak Abdul Wahab Rahim hari ini di Utusan Borneo menyatakan Sarawak berada di dalam keadaan terbaik dan tidak memiliki sebarang masalah untuk menundukkan Felcra FC. Jelas beliau lagi dua keputusan perlawanan lepas berjaya meningkatkan keyakinan para pemain untuk aksi perlawanan yang seterusnya.

Beliau juga menyifatkan bermain di tempat sendiri merupakan satu kelebihan tambahan untuk Sarawak lebih-lebih lagi beraksi di depan penyokong sendiri.

Namun, dalam masa yang sama Sarawak seharusnya turun dengan lebih berhati-hati dan tidak terlampau yakin yang dikhuatiri boleh memakan diri.

Sarawak dijangka menurunkan kesebelasan utama yang sama seperti perlawanan terdahulu termasuklah pertahanan dari Korea Selatan Kim Chi Gon. Sarawak akan bertemu Felcra FC pada hari ini jam 415 petang.

.

The Writer …

Leave a Reply