Pemain Sarawak Terlibat Rasuah ?

Feb 12, susulan kenyataan rasmi daripada FAS berhubung dengan isu laporan terdapat pemain Sarawak yang mengatur permainan {match fixing) semalam, dua akhbar tempatan Utusan Sarawak dan Utusan Borneo turut melaporkan perkara yang sama.

Presiden FAS Dato Seri Posa telah mengarahkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat punca kekalahan 2-3 kepada Felcra FC pada hari Sabtu lepas. Beliau dilaporkan melihat sesuatu yang tidak kena apabila Sarawak melepaskan tiga gol dalam masa enam minit di penghujung perlawanan walaupun selesa mendahului 2-0 pada satu ketika.

Menurut Dato Posa juga siasatan ini dibuat ekoran laporan yang diterima daripada sumber yang boleh dipercayai selepas berakhirnya perlawanan tersebut. Beliau juga mahu siasatan ini dijalankan secepat mungkin membabitkan semua pemain supaya permasalahan itu terus merebak pada pada masa yang akan datang.

Laporan sisasatan dalaman ini kemungkinan akan diketahui dalam tempoh sehari dua.

Perkembangan terkini sememangnya agak mengejutkan ramai peminat bolasepak tanahair Sarawak yang sebelum ini cukup kecewa dengan kekalahan 2-3 kepada Felcra bahkan bakal menarik perhatian pihak berautoriti tinggi seperti Persatuan Bolasepak Malaysia {FAM} dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun dalam masa yang sama, mereka juga mahukan kebajikan para pemain terutama daripada segi pembayaran gaji dilaksanakan tepat pada waktunya untuk mengelakkan menjadi ‘lubuk’ kepada bookie.

Apapun kita serahkan isu ini kepada pihak yang berkenaan untuk menjalankan siasatan dan SSB berharap semoga isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan fokus para pemain terjejas.

Kredit: Utusan Borneo / Utusan Sarawak

 

 

 

 

 

The Writer …

Leave a Reply