Penyokong Gesa FAS Hentikan Kenyataan Terbuka

Feb 13, penyokong-penyokong Sarawak menggesa Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berhenti membuat sebarang kenyataan media berhubung dengan isu rasuah sehingga selesai siasatan dalaman. Mereka berpendapat kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan akan mendorong pelbagai spekulasi negatif yang boleh menjejaskan keharmonian di kalangan pemain selain daripada mengganggu siasatan yang dijalankan.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata mahukan FAS mengikut saluran yang betul menerusi Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP} dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terlebih dulu sebelum mengeluarkan kenyataan media. Dalam masa yang sama beliau memberi amaran FAS boleh dikenakan tindakan jika dakwaan itu tidak benar kerana perkara ini sepatutnya dibangkitkan menerusi saluran yang betul. FMLLP difahamkan akan menghantar pegawai mereka ke Kuching secepat mungkin berhubung dengan isu ini.

Sementara itu, seorang pemain Sarawak dilaporkan telah membuat laporan polis ekoran nama beliau telah dikaitkan dengan isu ini di laman facebook tertentu dan kemungkinan jejak langkah ini akan diikuti oleh rakan sepasukan yang lain.

The Writer …

Leave a Reply