Month: February 2018

Tiada Alasan Untuk Tidak Menang

Feb 10, berdasarkan keadaan terkini pasukan serta ulasan baik dari jurulatih atau pengurus pasukan, Sarawak dilihat tidak memiliki sebarang alasan untuk tidak menang pada hari ini. Pengurus pasukan Sarawak Abdul Wahab Rahim hari ini di Utusan Borneo menyatakan Sarawak berada di dalam keadaan terbaik dan tidak memiliki sebarang masalah untuk menundukkan Felcra FC. Jelas beliau …

4 pasukan Liga Super bakal berdepan tindakan FIFA?

Berita Harian Online hari ini melaporkan empat pasukan Liga Super iaitu Kelantan, Perak, Melaka United dan PKNS FC kemungkinan berdepan tindakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila dikatakan masih lagi mempunyai kes tunggakan gaji pemain yang belum diselesaikan. Maklumat mengenainya tersebar di laman media sosial, semalam dengan Kelantan didakwa mempunyai empat kes dengan FIFA dan dua …

[Liga Perdana 2018] Sarawak Mahu Mata Penuh Temu Felcra FC

Feb 8, menerusi laporan akhbar Utusan Sarawak hari ini penolong jurulatih Sarawak mahukan anak-anak buahnya memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri dengan kemenangan. Pengiran Bala juga dilaporkan gembira dengan keserasian serta semangat yang ditunjukkan oleh para pemain yang dilihat sebagai penyumbang kepada satu mata penting bertemu Terengganu FC II pada Isnin lepas. Berdasarkan perkembangan terkini, …

[Video] Reaksi Suarez Bila Rasa Makanan Malaysia

“I Can’t Talk, It’s Spicy” “Pedasnya Sampai Tak Boleh Cakap” Begitulah reaksi Luis Suarez dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Tourism Malaysia memaparkan penyerang kebangsaan Uruguay itu sedang menikmati makanan rakyat Malaysia seperti popiah,nasi Lemak, roti canai dan sate. Bekas penyerang Liverpool itu yang kini bermain untuk Barcelona telah dilantik sebagai duta …

Misi Bawa Pulang Satu Mata Berjaya (Pengiran Bala)

Feb 5, meskipun ketinggalan 0-1 seawal minit pertama perlawanan namun semangat tidak menyerah kalah pemain-pemain Sarawak akhirnya membuahkan hasil apabila menyamakan kedudukan di minit-minit terakhir perlawanan. Meskipun para pemain seakan tenggelam terutama di separuh masa pertama terutama bahagian tengah yang diterajui oleh Nebo-Raikovic, para pemain berjaya menguasai permainan pada sebahagian besar perlawanan di separuh masa …