Video: Ronaldo jaringkan gol lipat gulung, dapat standing ovation dari peminat Juventus

Cristiano Ronaldo telah berjaya menjaringkan gol tercantik awal pagi tadi dalam saingan Champions League. Bintang Portugal ini hanya memerlukan 3 minit untuk meletakkan Galaticos di depan sebelum menjaringkan gol akrobatik pada separuh masa kedua. Real Madrid menang 3-0 melalui dua jaringan Cristiano Ronaldo dan Marcelo.

Sejurus jaringan cantik Ronaldo, penyokong-penyokong Juventus menghargai apa yang mereka tonton, dan mereka memberi penghormatan kepada Ronaldo dengan bangun dan memberikan ‘standing ovation’ kepada Pemain Terbaik Dunia 2017 ini.

Sebagai balasan, Cristiano Ronaldo menunjukkan reaksi positif dengan memberikan signal terima kasih terhadap aksi ‘sporting’ penyokong-penyokong Juventus.

Video Standing Ovation:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *