Tips travel tengok perlawanan bola di Eropah

Berikut adalah perkongsian dari saudara Hisyam Hasan iaitu admin dalam group Malaysia Real Madrid Supporters Club berkenaan pengalaman dan tips bagi mereka yang ingin menonton perlawanan bolasepak di Eropah.

=====

Di atas pertanyaan beberapa orang sahabat terutama madridista Malaysia.. Aku copy paste balik benda yang pernah aku share sebelum ini untuk sekadar berkongsi tips & pengalaman benda asas sebelum & ketika berada di eropah terutamanya untuk sahabat-sahabat yang first time ingin merasakan pengalaman pergi ke stadium dan menonton bola sepak.

Mungkin pengalaman yang aku share nie takdelah sehebat mana berbanding sesetengah orang lain yang jauh lebih ‘berpengalaman’ & ‘biasa’ ke eropah terutamanya untuk tujuan yg sama (Pergi stadium tour atau tengok game). Anggaplah ini hanya sekadar perkongsian peribadi sahaja. Bab bajet tu agak subjektif..bergantung pada masa, keadaan dan sebagainya

1. TIKET FLIGHT 

  • Biasanya dibeli dalam masa 1-2 bulan sebelum pergi dan aku boleh katakan inilah masa yg terbaik. Jangan beli terlalu awal kerana ada kemungkinan perlawanan yang kita nak tengok tu akan ditunda, diubah venue dan lain2 dan jangan plak terlalu lewat kerana mungkin tarikh yang kita nak pergi tu akan sold out atau harga menjadi double.
  • Pilih flight dengan bijak dan sentiasa alert dan double check pada tarikh, nama airport yang dituju (sesetengah tempat ada lebih dari satu airport di tempat yang sama), segala maklumat kita, jumlah berat bagasi dan sebagainya.

Komen Admin SSB: Saya berikan tips untuk ‘scan’ tiket flight termurah. Guna website ‘skyscanner’ untuk pilih penerbangan termurah untuk anda pergi. Klik: Skyscanner

2. TIKET BOLA

  • Bergantung kepada match kelab yang kita nak tengok dan berapa besar perlawanan tersebut (biasanya game besar macam El clasico & local derby agak sukar untuk dapatkan tiket). Walaupun sesetengah perlawanan kita boleh dapatkan tiket di stadium.
  • Tapi nasihat aku lebih baik beli online daripada tunggu dan beli di kaunter stadium. Ini untuk elakkan beratur panjang dan kehabisan tiket. Kena pula kalau match besar. Hmmm balik je la atau bayar double/ triple dari ulat tiket. Lagi teruk kalau dapat tiket palsu – malang tak berbau!
Tiket admin SSBisak semasa menonton perlawanan Real Madrid menentang Atletico Madrid

3. PENGINAPAN

  • Sama seperti tiket bola, better cari dulu dlm airbnb ke, agoda ke, tripadvisor ke mana-mana yang kita biasa. Elakkan cari hotel di saat akhir atau apabila kita dah sampai di destinasi (walk in check in). Kalau berkemampuan boleh duduk di hotel-hotel yang berdekatan dengan stadium. Klik: Airbnb
  • Kalau nak bajet boleh cari hotel murah, homestay atau hostel (jangan expect macam duduk hotel 5 star la). Mungkin kedudukan hotel bajet, homestay atau hostel (duduk ramai-ramai dalam satu bilik / dorm) nie akan agak jauh dari stadium tapi don’t worry, public transport agak baik di hampir kebanyakan negara eropah. So senang nak access ke mana-mana.

4. PENGANGKUTAN

  • Macam aku cakap tadi, public transportation di eropah agak mudah dan senang nak ke mana-mana (selagi berada di dalam kawasan bandar dan tak terlalu jauh dari bandar). Sebagai contoh di Guangzhou, Tokyo, Sofia, Munich & Madrid aku naik metro train, di Rome pula aku naik bas.
  • Kemudian ‘menapak’ la sikit (ada gak yang jauh). Nak naik teksi atau grab car pun boleh, tapi mahal la derr.. Ikut kemampuan. Kalau tak tahu jalan atau cara nak ke stadium boleh google dulu, waze atau tanya sesiapa di sana.

5. BAHASA 

  • Permasalahan yang orang selalu bertanya, especially kepada yang nak pergi ke negara yang tak gunakan bahasa inggeris dalam komunikasi harian mereka. Antara soalannya, “Pergi sorang tapi siapa yang tangkap gambar tu????”
  • Jangan risau dik, sekarang sudah zaman millenium, mereka pun manusia bukan alien.. Majoriti orang eropah dah boleh berbahasa inggeris especially golongan muda (mungkin kekadang susah difahami) tetapi boleh guna bahasa tangan / badan atau susah sangat pergi ke mana-mana kaunter information di tempat shopping, stesen bas / train dan lain-lain.
  • Cara paling mesra, kita boleh belajar sikit bahasa basic diorang untuk menegur sebelum bertanya sesuatu (perkataan yang simple utk cakap hello atau terima kasih sebagai contoh). English kita teruk pun takde hal.
  • Cakap je asal boleh difahami sebab diorang cakap pun bukan semuanya betul sangat pun dan ada sesetengah tu diorang akan betulkan (grammar) apa yang kita cakap. Itu sikap yang aku salute! (bangsa kita kalau dengar benda silap lagi digelakkannya). Jangan malu nak bertanya sebab kat sana takde siapa pun kenal kita.

6. DUIT 

  • Sangat penting untuk berbelanja, dinasihatkan tukar duit siap-siap sebelum pergi mengikut currency sesuatu negara. Tapi apa pun kena buat research dulu sebelum pergi kerana tak semua negara terima ‘Euro €’ atau ‘Pound £’ di sana.
  • Sebagai contoh Bulgaria hampir ke semua tempat hanya pakai mata wang ‘Lev’. Jadi cuba cari money changer yang ada untuk pertukaran. Better tukar di Malaysia (jika ada) atau mana-mana Bank di sana untuk mengelak dari ditipu atau duit palsu.
  • Untuk bajet keseluruhan boleh dianggarkan antara RM6,000 ke RM10,000 seorang bergantung kepada masa, tempat & lain-lagi faktor lagi. So nak lagi murah dan selesa pun boleh. Tapi kena rajin survey, banyak membaca, bertanya dan mencari mana-mana info

7. MAKANAN

  • Satu lagi soalan biasa ditanya, so far kebanyakan negara di eropah sudah ada banyak kedai makanan halal (bergantung kepada tempat yang dikunjungi). Sebagai contoh di Madrid dan Rome bandar besar jadi tidak sukar untuk mencari makanan halal (boleh google).
  • Pasal harga tu janganlah setiap benda kita convert kepada ringgit Malaysia, jika tidak memang kebulurlah kita disana. Kalau pergi hanya 2-3 hari mungkin takde masalah sebab kita boleh makan makanan yang kita bawa dari Malaysia.
  • Tapi percayalah cakap aku, sejauh mana kita boleh bertahan takat makan megi, sadin, roti atau Brahim’s?? Hihihi.. Kalau boleh masak sendiri lebih baik.. Terpulang pada citarasa masing-masing.

8. TANDAS

  • Mungkin sesiapa yang pernah ke eropah sudah tahu, tetapi pada first timer jangan lupa bawa / beli botol air (botol kecik je asal boleh guna air untuk berhadas) atau wet tissue kalau ke sana. Tandas awam di sana memang takde paip air dalam jamban untuk ‘cebok’. So paham-paham la baunya macam mana.

9. DOKUMEN

  • Kebiasaannya aku akan print out hotel reservation, flight itinerary, football ticket & lain-lain yang penting selain dari simpanan dalam soft copy untuk back up jikalau ditanya di imigresen di airport, polis atau receptionist di hotel.
  • Tidak boleh hanya bergantung semata-mata pada handphone atau email sahaja. Kebiasaannya kepada first timer yang datang ke eropah atau tidak pernah keluar negara akan ditanya semua perkara ini. So get prepared dan jangan tunjuk sangat kita lost, gugup & takut.

10. SOLAT

  • Benda paling wajib bagi yang beragama islam. Jika ke sesetengah bandar eropah memang sukar nak cari masjid, so aku nasihat guna apps untuk cari kiblat (aku prefer pakai kompas kiblat manual kerana lebih tepat dan yakin), bawak kain pelekat atau apa-apa kain untuk alas kita bersolat (especially di airport atau di mana-mana sebelum ke stadium). Cari mana-mana ruang kecik yang bersih & selesa untuk solat.

11. PICKPOCKET

  • Benda paling biasa dan sangat ditakuti. So far alhamdulillah aku belum pernah mengalaminya, tetapi banyak kawan-kawan yang pernah kena especially bila pergi ke tempat sesak macam dalam train atau stadium. Nasihat aku asingkan duit kita dalam beberapa tempat (jangan lah terlalu banyak tempat simpan nanti lupa plak letak kat mana).
  • Elak dari dihimpit & didekati (jika boleh) dan jangan menjawab sapaan orang yang tak dikenali. Kemudian elakkan dari bertentang mata (eye contact) atau menjadi terlalu ramah dengan orang lain sebab itu membuka ruang kepada mereka untuk ‘buat kerja’.
  • Kalau bawa beg galas plak kena sentiasa berhati-hati.. Aku biasanya akan galas kedepan dan kadang-kadang peluk beg tu jika kawasan tu ramai orang. Tangan ‘pencopet’ ini cukup pantas, silap hari bulan bukan sahaja wallet & duit.. handphone, passport dan kamera pun boleh hilang.
  • Untuk Passport pula, sesetengah kawan kata tak perlu bawa passport ke hulu kehilir tetapi pada aku passport nie macam IC kita..jika ada apa-apa yang terjadi pada kita sekurang-kurangnya orang yang membantu boleh tahu siapa kita & sebagainya.
  • Duit plak janganlah dibawa kesemuanya. Simpan sikit dalam hotel atau bank (atm) untuk back up kalau terjadi kehilangan atau takut over spend (aku biasa kena).Jika ada bawa debit atau kredit kad bersama lebih baik, tapi pandai-pandailah berbelanja ye .

Komen admin SSB: Trick yang biasa dilakukan oleh sindiket ini, mereka terdiri dari 2-3 orang. Seorang akan menepuk betis kita, kita tengok bawah – yang dua orang lagi akan seluk tangan ke dalam poket belakang/beg kita dengan sangat pantas! Mereka ni dah professional.

12. PAKAIAN & CUACA

  • Pakaian yang betul mengikut cuaca penting. Research dulu suhu tempat & tarikh yang kita nak pergi. Jangan hanya bergantung pada satu sumber sahaja kerana kekadang info internet memang tak betul. Aku pernah kena, check internet tulis suhu average antara 25-29 deg C tapi bila sampai Ya Allah jadi 15 deg C.
  • Keadaan cuaca dunia juga tak menentu sekarang nie so kena check dari masa ke semasa. Pakaian ikut kita..kalau boleh tahan suhu sejuk bawah 10 deg C dengan pakai jaket nipis je silakan..hahaha..memang mengigil la jawabnya nanti.
  • Aku prefer tengok bola selain dari musim sejuk sebab lebih selesa (pernah tengok game dalam suhu 2 deg C, mengeletar teruk beb sebab kita duduk statik je). Satu lagi kalau musim panas tak semestinya panas macam kat Malaysia. Kekadang musim panas di sana pun masih sejuk dan berangin

**Setelah penat mengarang seperti mengarang kertas penulisan SPM aku rasa itu sajalah kot yang dapat dikongsi. Kalau ada yang tak cukup mungkin korang boleh tambah lagi. Setiap orang pengalaman berbeza-beza, so mungkin sesetengah tips tu tak boleh diguna pakai jadi abaikan. Aku sekadar sharing info untuk membantu sekadar mana yang aku ada dan tahu.

Tidak sama sekali nak tunjuk pandai atau sebagainya..jadi kalau ada yang salah, tak sama dan silap info tu mintak maap banyak la ye.. Come on guys!.. live up your dreams!.. tiada ada apa yang mustahil.. minat kita orang takkan faham.. aku dulu bermula dengan angan-angan nak tengok Real Madrid di Santiago Bernabeu seawal umur 11 tahun (1994) dan akhirnya alhamdulillah sekarang dah menjadi realiti (2 match Real Madrid di Madrid, Spain & Yokohama, Japan serta 2 kali ke Santiago Bernabeu, Madrid).

Jika ada rezeki memang berhajat untuk tengok El clasico & Newcastle United di St.James Park bawak anak bini pula InsyaAllah (don’t get me wrong, niat ke Mekah tetap menjadi keutamaan..cuma belum ada rezeki..jap lagi ada plak yang kecam kata “Dari membazir macam nie lebih baik gi Mekah dapat gak pahala”…hahaha).

P/s: MOHON MAAF AKU TAK PANDAI LUKIS.. Membaca amalan mulia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *