Sarawak bakal tandatangani pemain baru

Pasukan Liga Premier Sarawak bakal menandatangani pemain baru pada jendela perpindahan pemain yang akan dibuka bulan hadapan.

Pemain yang dimaksudkan adalah pemain pertahanan pasukan Gedong Gators yang beraksi di kejohanan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) musim 2017/2018, Gibson Billy.

Jurulatih Sarawak, Ian Gillan berpuas hati dengan prestasi pemain muda berusia 18 tahun itu dan menyifatkan Gibson sebagai pemain yang mempunyai potensi yang cerah untuk masa depan bolasepak Sarawak.

Sementara itu Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais dipetik dari kenyataannya di akhbar Utusan Sarawak menyatakan, Gibson bakal didaftarkan bersama dengan pasukan Piala Belia Sarawak 2018 memandangkan usianya yang masih muda namun boleh diguna-pakai untuk pasukan Piala Presiden dan juga pasukan Liga Premier sekiranya diperlukan.

 

Kredit Gambar: OFFICIAL SARAWAK FA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *