Menang tetapi terkilan

Jurulatih Sarawak, Ian Gillan melahirkan rasa terkilan dan kurang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya walaupun menang 2-1 menentang Ukm FC tempoh hari.

 

Beliau berkata anak buahnya sepatutnya boleh bermain dengan lebih baik namun beliau tetap berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya untuk mempertahankan kedudukan meskipun menerima asakan bertali arus pasukan pelawat terutamanya pada separuh masa kedua.

 

Beliau juga menambah yang semasa sesi latihan, mereka jarang berlatih dengan hantaran-hantaran tinggi namun apa yang disaksikannya pada perlawanan tersebut anak buahnya cenderung melakukan hantaran tinggi dan agak gopoh ketika bola berada dalam kawalan mereka yang menyebabkan pasukan lawan mudah merampas bola.

 

Ujarnya lagi, anak buahnya perlu lebih bersedia selepas ini kerana mereka bakal menentang pasukan yang kuat bermula dengan menentang Uitm FC pada 23 April dan pendahulu liga Felda United tiga hari kemudian. Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung di gelanggang lawan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *