Perlawanan A-League bakal diadakan di Sarawak

Perjanjian persefahaman (MoU) diantara FAS dan Perth Glory akan membuka lembaran baru dalam sejarah bolasepak Malaysia am nya dan bolasepak Sarawak khas nya apabila perlawanan Liga Australia (A-League) bakal diadakan di Kuching.

 

Walaupun belum menetapkan tarikh dan venue perlawanan, ura-ura mengatakan bahawa Stadium Sarawak bakal digunakan sebagai venue perlawanan manakala tarikh akan ditetapkan kemudian menurut penasihat kelab Perth Glory, Tony Hughes.

 

Disamping itu, peminat di Sarawak juga berpeluang untuk menyaksikan pasukan Perth Glory beraksi di sini apabila mereka akan mengadakan jelajah perlawanan persahabatan menentang pasukan Sarawak sebanyak dua perlawanan. Jelajah perlawanan persahabatan mereka dijangka akan bermula pada bulan Ogos ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *