FAS terima tajaan Press Metal Sdn Bhd

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini menerima tajaan sebanyak RM1 juta dari syarikat aluminium, Press Metal Sdn Bhd. Tajaan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun.

Press Metal Sdn Bhd diwakili oleh Pengurus Wilayah nya, Choa Wei Kiong manakala FAS diwakili oleh presiden Dato Posa Majais.

Dalam ucapan ringkas nya, Choa berharap tajaan tiga tahun ini akan mampu menyuntik semangat terhadap pasukan Sarawak untuk kembali ke kancah Liga Super musim depan dan juga menyatakan kesediaan mereka untuk memberi ganjaran jika pasukan Sarawak mampu mencapai kejayaan dan memenangi piala dalam kancah liga bolasepak Malaysia.

Dalam pada itu presiden FAS Dato Posa Majais berterima kasih kepada Press Metal Sdn Bhd yang berbesar hati menaja pasukan Sarawak untuk tempoh tiga tahun yang akan datang bermula musim ini. Beliau juga menyatakan yang FAS masih mengadakan rundingan dengan beberapa penaja yang lain untuk menaja FAS.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *