Milik siapakah Stadium Negeri?

Milik siapakah sebenarnya Stadium Negeri di Petra Jaya, Kuching? Kami mengajukan soalan tersebut kepada pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS). Menurut pihak FAS, Stadium Negeri adalah hak milik dan seliaan Sarawak Sports Corporation (SSC).

Kenyataan sebelum ini yang menyatakan bahawa Stadium Negeri telah diserahkan kepada pihak FAS adalah tidak tepat dan sehingga ke hari ini, pihak FAS masih bertindak sebagai penyewa Stadium Negeri.

Sebagai penyewa, sudah pasti ada batas dan had yang boleh dan tidak boleh dilakukan ke atas tempat sewa. Ini termasuk membaiki ataupun mengubahsuai mana-mana bahagian, perkakasan dan utiliti di Stadium kerana tanggungjawab tersebut terletak di tangan pemilik yakni SSC.

 

ARTIKEL: SSB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *