‘Kehilangan’ Nebojsa Marinkovic jadi tanda tanya

Status pemain import Sarawak yang berasal dari Serbia, Nebojsa Marinkovic mula menjadi tanda tanya ramai pihak apabila beliau disisihkan dari senarai pemain untuk hari perlawanan menentang Pulau Pinang petang semalam.

Sebelum ini, pada perlawanan menentang Felda di tempat lawan, namanya hanya tersenarai sebagai pemain simpanan yang tidak digunakan. Umum mengetahui, persembahan Nebojsa yang di canang-canang sebagai import yang berkualiti dan mendapat gelaran pakar tendangan percuma di Liga Bolasepak Australia tidak seperti yang diharapkan apabila gagal memberi aksi yang terbaik seperti yang diharapkan oleh penyokong.

Spekulasi kini mula bertiup kencang apabila beliau mula disisihkan dalam dua perlawanan yang lepas.

Adakah beliau bakal dilepaskan dan digantikan dengan pemain import lain ataupun sebaliknya?

Status Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yang masih dalam perhatian FMLLP ataupun MFL akibat lesen yang gagal diperolehi turut menjadi persoalan sama ada pasukan Sarawak boleh ataupun tidak boleh menandatangani pemain import baru ataupun sebaliknya.

Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

 

Artikel: SSB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *