Mateo, Bobby bergelut untuk pulih

Mateo, Bobby bergelut untuk pulih

May 12, 2018 0 By Zubizaretta

Dua penyerang utama Sarawak, Mateo Roskam dan Bobby Gonzales belum pasti boleh diturunkan untuk perlawanan menentang Pulau Pinang di tempat lawan malam esok akibat kecederaan.

Mateo mengalami kecederaan hamstring ketika perlawanan menentang Pulau Pinang pada 1 Mei yang lalu manakala Bobby mengalami kecederaan jari kaki ketika perlawanan menentang Jdt II pada isnin lepas.

Kedua-duanya bergelut untuk cergas dan diberitakan akan menjalani ujian kecergasan pada hari untuk menentukan sama ada mereka boleh diturunkan atau tidak. Antara pemain yang diberitakan turut mengalami kecederaan dan belum cergas sepenuhnya ialah pemain pertahanan, Dzulazlan Ibrahim.