Sarawak akan bermain di Stadium Pasir Gudang

Sarawak akan bermain di Stadium Pasir Gudang

May 15, 2018 0 By Zubizaretta

Hasrat peminat bolasepak Sarawak untuk menyaksikan perlawanan Liga Premier diantara Sarawak menentang Jdt II pada sebelah malam di bulan Ramadan ini tidak kesampaian apabila Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah pun memohon penukaran venue perlawanan ke Stadium MP Pasir Gudang, Johor.

Perlawanan yang dijadualkan pada 22 Mei pukul 9.15 malam sepatutnya diadakan di Stadium Negeri Kuching namun pihak FAS mengesahkan yang masalah lampu limpah di Stadium Negeri masih belum diperbaiki manakala sebuah lagi stadium yang dicadangkan iaitu di Stadium Sarawak mendapati keadaan padang yang tidak menepati piawaian dan tidak sesuai untuk sesebuah perlawanan bolasepak.

 

Kredit & Sumber: Johor Southern Tigers