Dul hampir pasti bersama Sarawak

Pemain import dari Argentina, Nicolas Dul hampir pasti akan ditandatangani sebagai pemain import keempat Sarawak menggantikan tempat pemain import yang gagal menyerlah sebelum ini, Nebojsa Marinkovic.

Bekas pemain pasukan Kuala Lumpur itu yang beraksi di posisi tengah juga mempunyai caps bersama pasukan kebangsaan Argentina bawah 20 tahun.

Kekangan kewangan yang dihadapi oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menyebabkan beberapa lagi calon import lain terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk datang akibat permintaan gaji yang agak tinggi dan sukar dipenuhi oleh FAS.

Pasukan Sarawak akan meneruskan latihan untuk menghadapi saingan Liga Premier yang diteruskan seperti biasa dalam bulan Ramadhan tahun ini.

 

Artikel: SSB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *