Ian Gillan kecewa

Ian Gillan kecewa

May 24, 2018 0 By Zubizaretta

Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillan nyata tidak mampu menyembunyikan kekecewaannya apabila pasukan Sarawak sekali lagi mencatat kekalahan 0-2 dalam aksi Liga Premier menentang Jdt II di Stadium MPPG, Johor pada hari selasa yang lalu.

Baginya, bukan aksi pemainnya semata-mata yang mengecewakan, namun peluang mereka untuk beraksi di tempat sendiri dinafikan gara-gara masalah lampu limpah Stadium Negeri yang jelas tidak memberi kelebihan kepada pasukan ujarnya.

“Jika bermain di tempat sendiri, sudah pasti kita akan memperolehi sedikit kelebihan sebagai tuan rumah,” ujar Ian.

Ian enggan terlalu menyalahkan pemain-pemainnya namun mengakui sedikit kealpaan merupakan antara punca Sarawak tunduk kepada Jdt II.

Berkenaan masalah pemain import beliau menyerahkan segala keputusan kepada pihak pengurusan untuk menentukannya namun berharap yang masalah tersebut dapat diselesaikan dengan secepat yang mungkin bagi memastikan Sarawak akan terus mampu bersaing dalam baki perlawanan Liga Premier musim ini.

 

Artikel: SSB