FAS batalkan hasrat tandatangani Nicolas Dul?

FAS batalkan hasrat tandatangani Nicolas Dul?

May 25, 2018 0 By Zubizaretta

Ura-ura kini mengatakan yang Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) membatalkan hasrat untuk menandatangani pemain import dari Argentina, Nicolas Dul.

Walaupun belum ada sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut, sumber menyatakan bahawa kekangan kewangan menjadi antara punca masalah tersebut malah berkemungkinan besar juga tiada pemain import tempatan yang akan ditandatangani untuk jendela perpindahan ini.

Nicolas Dul sebelum ini dikatakan menjadi pilihan jurulatih, Ian Gillan untuk menggantikan tempat pemain import yang kurang menyerlah, Nebojsa Marinkovic.

 

Kredit Gambar: CSNSPORTSTALK

Artikel: SSB