Ian Gillan tetap optimistik

Ian Gillan tetap optimistik

May 26, 2018 0 By Zubizaretta

Walaupun berdepan pelbagai kesukaran semenjak mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan Sarawak, Ian Andrew Gillan tetap optimistik dalam melaksanakan tugasnya sebaik mungkin.

Bagi Ian, beliau mempunyai semangat yang tidak kenal erti putus asa dan akan terus berjuang untuk menempatkan Sarawak di kedudukan yang sebaik boleh dalam saingan Liga Premier musim ini serta mencungkil bakat-bakat baru yang ada di Sarawak.

Meskipun mengakui ketiadaan pemain import yang berwibawa untuk menggantikan Nebojsa Marinkovic yang digugurkan akan sedikit sebanyak menjejaskan pasukan, namun secara keseluruhannya beliau menambah barisan kejurulatihan dan pemain-pemain akan terus berjuang dalam baki saingan musim ini.

Ujarnya lagi, mereka amat memahami kedudukan kewangan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) dan menyerahkan segala perancangan dan budi bicara dalam penambahbaikan pasukan kepada pihak pengurusan namun dalam masa yang sama meminta semua pihak bersikap realistik dengan mengambil kira kekuatan pasukan yang sedia ada.

 

Artikel: SSB