B Sathianathan berharap FAS akan mampu mengembalikan zaman kegemilangan

B Sathianathan berharap FAS akan mampu mengembalikan zaman kegemilangan

July 18, 2018 0 By Zubizaretta

Jurulatih Felda United, B.Sathianathan amat berharap yang FAS akan mampu untuk mengembalikan aura Stadium Negeri sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan Sarawak seperti mana zaman Awang Mahyan dan Alan Vest.

Beliau yang agak terkejut melihat keadaan Stadium Negeri petang semalam yang disifatkannya agak sunyi jauh seperti dahulu yang sentiasa padat dan dipenuhi oleh penyokong setia pasukan Sarawak. Untuk rekod, hanya 84 penyokong yang menyaksikan perlawanan petang semalam.

Sementara itu penolong jurulatih pasukan Sarawak Pengiran Bala ketika mengulas mengenai perlawanan petang semalam berkata, pasukannya melepaskan dua gol mudah kepada pihak lawan akibat kesilapan individu pemainnya. Baginya, bahagian tengah Sarawak juga agak rapuh selepas ketiadaan Mohd Alif yang digantung perlawanan dan kecederaan yang menimpa pemain import Kim Chi-Gon serta Muhd Muzaimir memburukkan lagi keadaan menyebabkan anak buahnya agak sukar menandingi kehebatan pasukan Felda United.

Perlawanan seterusnya akan menemukan pasukan Sarawak menentang pasukan Terengganu II ditempat sendiri pada hari sabtu ini yang disifatkan oleh penolong jurulatih pasukan Sarawak Pengiran Bala sebagai ‘hidup dan mati’ dan Sarawak harus memenanginya untuk mengelak dari terjerumus ke Piala FAM musim hadapan.

Artikel: SSB