Apa ‘target’ Sarawak untuk Challenge Cup?

Apa ‘target’ Sarawak untuk Challenge Cup?

August 4, 2018 0 By Zubizaretta

Apa ‘target’ Sarawak untuk Challenge Cup yang akan datang ini? Persoalan ini dilontarkan oleh rakan admin yang sama-sama duduk di kedai kopi pagi tadi. Sejujurnya admin hanya mampu menggelengkan kepala dan dan tersenyum kerana berdasarkan persembahan keseluruhan musim ini tiada apa yang boleh dibanggakan!.

Bermula di awal musim dengan agak meyakinkan, kejatuhan prestasi pasukan Sarawak bermula di penghujung pusingan pertama dan melarat ke pusingan kedua apabila pengurusan menggugurkan pemain import yang serba tidak menjadi Nebojsa Marinkovic yang mengakibatkan Sarawak terpaksa meneruskan pusingan kedua dengan hanya 3 pemain import berbanding pasukan lain dengan 4 pemain import. Kekangan kewangan dikatakan antara punca pihak pengurusan tidak mampu untuk menandatangani pemain import yang lain walaupun pada awalnya mereka berhasrat untuk memancing Nicolas Dul dari Argentina.

Ura-ura masalah dalaman juga hanya memburukkan lagi keadaan dengan kelewatan pembayaran gaji dikatakan antara punca utama kemerosotan prestasi pasukan malah ketika artikel ini ditulis, ada beberapa pemain yang dikatakan masih belum menerima gaji diantara 1 ke 2 bulan. Jika masalah kewangan masih gagal diatasi dalam masa terdekat maka agak sukar untuk kita mengharapkan prestasi optimum dari para pemain, jurulatih malah staf-staf FAS sendiri. Mereka juga manusia biasa punya komitmen dan tanggungjawab.

Jadi apa yang boleh diharapkan dari penyertaan Sarawak dalam saingan sulung Challenge Cup musim 2018 ini? Bagi admin tiada harapan yang tinggi cuma berharap pemain-pemain memberi yang sebaik mungkin di atas padang. Apa pula harapan anda?

 

Artikel: Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya