Pemain tunjuk tanda protes kepada pengurusan?

Pemain tunjuk tanda protes kepada pengurusan?

August 7, 2018 0 By Zubizaretta

Adakah benar ura-ura mengatakan bahawa kekalahan besar 1-5 pasukan Sarawak kepada Ukm FC dalam saingan Challenge Cup petang tadi merupakan tanda protes pemain kepada pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS)?

Menurut sumber yang diperolehi, kelewatan pembayaran gaji menjadi punca utama pemain-pemain beraksi di bawah tahap sebenar akibat tidak dapat memberi perhatian 100% di atas padang.

Pihak SSB belum mendapat kepastian mengenaikenyataan sumber tersebut namun ”posting’ di media sosial baru-baru ini oleh salah seorang pemain Sarawak menguatkan lagi andaian yang perkara kelewatan pembayaran gaji adalah benar.

Bagi SSB, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pihak majikan untuk membayar gaji pekerja-pekerjanya jadi alasan kerana tidak mempunyai dana mencukupi tidak boleh diterima kerana pekerja (pemain) juga mempunyai tanggungjawab dan bolasepak itulah periuk nasi mereka.