Sarawak bukan tandingan Perth Glory

Sarawak bukan tandingan Perth Glory

August 12, 2018 0 By Zubizaretta

Sarawak nyata bukan tandingan Perth Glory FC apabila mudah dibelasah 1-7 oleh pasukan yang berpengkalan di Australia itu. Perlawanan untuk merebut Symposium Cup tersebut mudah di menangi oleh anak buah Tony Popovic dan kredibiliti mereka mula teserlah sebaik wisel dimulakan oleh pengadil, Mohd Zamzaidi Katimin.

Separuh masa pertama Sarawak yang membariskan penjaga gol muda Shaiful Wazizi berjaya mengekang barisan serangan Perth Glory dengan menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga percubaan merbahaya pasukan lawan namun hanya mampu bertahan sehingga minit ke 25 apabila ketua pasukan Perth Glory, Diego Castro menjaringkan gol menerusi tandukan mudah.

Gol pertama tersebut nyata memberi semangat kepada pasukan pelawat apabila menjaringkan tiga lagi gol menerusi anak kepada lagenda bolasepak Pahang Alan Davidson iaitu Jason Davidson pada minit ke 27, Fabio Ferreira pada minit ke 41 dan sekali lagi menerusi Jason Davidson sebaik sebelum wisel penamat separuh pertama dibunyikan yang menyaksikan pasukan pelawat mendahului 0-4.

Separuh masa kedua juga tidak banyak berbeza apabila pasukan Sarawak tidak mampu memberikan saingan kepada pasukan lawan yang ternyata berada di tahap berbeza namun Sarawak berjaya juga merobek gol lawan menerusi Mateo Roskam pada minit ke 58 hasil hantaran cantik pemaim muda, Badrol Hisyam.

Perth Glory berjaya menjaringkan gol ke 5 menerusi Chor Daw pada minit ke 67 sebelum Henry Hove menjaringkan gol ke 6 menerusi volley yang cantik lima minit kemudian. Gol ketujuh Perth Glory dijaringkan oleh Neil Kilkenny dimasa kecederaan untuk membawa pasukan pelawat tersebut menjulang Symposium Cup yang pertama kali diadakan. Hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dato Posa Majais dan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Joehari Mohd Ayub.

Jurulatih Sarawak Ian Andrew Gillan ketika ditemui sejurus perlawanan ditamatkan menyatakan yang sememangnya keputusan tersebut telah dijangka tapi yang penting, para pemain dapat memperolehi pengalaman yang berguna dan mempelajari cara permainan pasukan elit itu.

Sementara itu, pasukan Perth Glory akan terus berkampung di Kuching untuk sesi latihan dan perlawanan persahabatan dengan pasukan Piala Presiden Sarawak pada malam ini dan melengkapkan siri perlawanan persahabatan mereka dengan menentang pasukan Sukma Sarawak pada 15 Ogos sebelum kembali ke Australia manakala pasukan Sarawak akan meneruskan aksi saingan Challenge Cup pada hari selasa ini 14 Ogos menentang Terengganu FC II di laman sendiri.

 

Artikel: Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya