Masalah gaji terus berlarutan, pemain sudah mula muak

Masalah gaji terus berlarutan, pemain sudah mula muak

September 3, 2018 0 By Zubizaretta

Masalah gaji yang dihadapi oleh pemain-pemain, barisan kejurulatihan dan staf-staf Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih menemui jalan buntu apabila ada para pemain mendakwa yang mereka masih belum menerima gaji antara 2-3 bulan. Menurut mereka lagi, banyak janji yang telah ditaburkan oleh pihak tertentu untuk melangsaikan gaji yang tertunggak namun setakat ini janji-janji tersebut tidak lebih daripada ‘janji palsu’ yang menyebabkan mereka semakin muak. Masalah ini secara tidak langsung menyumbang kepada prestasi terumbang ambing pasukan Sarawak sejak kebelakangan ini.

Malah terdapat juga khabar angin menyatakan yang salah seorang pemain import telah pun ‘angkat kaki’ dan kembali ke negara asalnya akibat muak dengan ‘janji palsu’ yang ditaburkan dan berkemungkinan akan membawa kes ini ke Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika masih tiada jalan penyelesaian.