Bekas pemain remaja Liverpool tunjuk minat untuk beraksi di Malaysia

Bekas pemain remaja Liverpool tunjuk minat untuk beraksi di Malaysia

September 22, 2018 0 By Zubizaretta

Bekas pemain remaja Liverpool yang beraksi di posisi tengah, Jordan Lussey meluahkan hasrat beliau untuk beraksi di Liga Malaysia kepada mana-mana pasukan musim hadapan. Beliau yang mewakili Liverpool di zaman remaja nya turut mempunyai satu caps bersama pasukan kebangsaan England bawah 18 tahun.

Beliau juga pernah menyarung jersi Bolton Wanderers, York City, Southport dan A.F.C  Telford United. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya dalam satu sidang video kepada pasukan MBPJ B-14 yang akan beraksi dlm final Liga 1MCC yang dijadualkan pada hari ahad ini di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.