Joseph Kalang mahu kembali ke Sarawak?

Joseph Kalang mahu kembali ke Sarawak?

November 2, 2018 0 By Zubizaretta

‘Messi Sarawak’ Joseph Kalang Tie dikhabarkan berhasrat untuk kembali menabur bakti bersama pasukan negeri kelahirannya Sarawak setelah beberapa musim berkelana dengan pasukan Pahang dan Selangor namun semuanya terpulang kepada pengurusan baru Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) jika mereka berminat dengan khidmatnya.

Untuk rekod, Joseph atau sinonim dengan panggilan JKT merupakan pemain kelahiran Sarawak yang paling lama berkelana dengan pasukan lain di Liga Malaysia termasuk pasukan PDRM, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Joseph Kalang ketika mewakili pasukan pilihan Malaysia menentang Liverpool. (Gambar ehsan Nizam Hakim)

 

Beliau juga bercadang untuk berjumpa dengan pengurusan FAS dalam masa terdekat untuk membincangkan tentang hasratnya yang ingin kembali bersama pasukan Sarawak.