FAS bakal umum ketua jurulatih baru minggu depan

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) bakal mengumumkan ketua jurulatih baru pasukan Liga Premier Sarawak minggu hadapan. Memetik kenyataan Presiden FAS Dato Posa Majais di akhbar Utusan Sarawak, beliau akan menamakan ketua jurulatih untuk 3 pasukan iaitu pasukan senior, presiden dan belia sekaligus.

Menurut beliau lagi, calon jurulatih sudah ada namun hanya menanti masa yang sesuai untuk mengumumkannya. Nasib ketua jurulatih musim lalu Ian Andrew Gillan belum dapat dipastikan walaupun diberitakan Ian masih mempunyai setahun baki kontrak bersama FAS.

Beliau juga akan mengumumkan barisan pegawai termasuk pengurus dan penolong pengurus pasukan sedia ada.

 

KREDIT: UTUSAN SARAWAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!