Sarawak tewaskan Selangor United

Sarawak memulakan aksi jelajah pra musim dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan pasukan Selangor United dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Abdul Rahim dan Muamer Salibasic pada separuh masa pertama.

Perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke 71 oleh pengadil akibat hujan ribut yang melanda. Perlawanan ini juga menyaksikan pasukan Sarawak menguji dua pemain import yang dikhabarkan dari Afrika dan Brazil untuk mengisi slot terakhir pemain asing dalam pasukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!