Malindo Air penaja korporat baru pasukan Sarawak

Tahniah!

Satu lagi kejayaan pembukaan tahun 2019 dengan termeterai perjanjian diantara Sarawak FA dan Malindo Air sebagai rakan korporat dan penerbangan rasmi untuk pasukan Sarawak Fa 2019.

Berlangsung sesi penyerahan replika model aircraft Malindo Air tengah hari tadi di Hotel Royal Park, Bukit Bintang yang di hadiri oleh Presiden FAS, Dato Posa Haji Majais, Encik Mohammad Harris Abdullah, General Manager Malindo Air (Kiri) , dan Encik Jazlee Irfan shah, Corporate Sales Executive Malindo Air (kanan).

Selain sebagai penerbangan rasmi Sarawak FA, Malindo Air turut menawarkan pakej istimewa tambang penerbangan dan hotel untuk penyokong setia pasukan Sarawak semasa “Away Match” dan untuk penyokong Sarawak dari semenanjung semasa “Home Match”.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej istimewa ini, tunggu semasa pelancaran jersi 2019 pada 26 Januari 2019 nanti di MyDin Petra Jaya. Jumpa Nanti!

Ayuh Sarawak Ku!

#NgapSayot

Kredit Artikel: Official Sarawak FA

Gambar: Official Sarawak FA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!