Lima pemain berasal dari Sarawak yang bermain di Liga Super 2019

Walaupun pasukan Sarawak tidak beraksi di Liga Super 2019 akan tetapi terdapat tiga pemain muda yang berasal dari Sarawak yang akan mewarnai pasukan masing- masing dalam kancah tertinggi bolasepak Malaysia. Antaranya adalah:

1. Rodney Celvin Akwensivie @Bonai (PKNS FC)

Gambar ehsan PKNS FC

Rodney Celvin Akwensivie ataupun lebih mesra dengan panggilan Bonai dikalangan rakan-rakannya mula mewakili PKNS FC pada musim 2018 yang dibimbing oleh bekas jurulatih Malaysia dan Sarawak iaitu Datuk K Rajagobal. Memainkan peranan penting dalam pasukan PKNS FC apabila sering membarisi kesebelasan utama bersama dengan gandingannya di pertahanan tengah iaitu Zac Anderson.

 

2. Tommy Mawat Bada (PKNS FC)

Tommy Mawat merupakan seorang lagi pemain muda berasal dari Sarawak yang akan mewakili pasukan PKNS FC pada musim ini setelah bersama dengan pasukan PJ RANGERS FC musim lepas. Beliau turut mewakili pasukan Malaysia B23 kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam Sukan Asia tahun lepas. Bermain di bahagian sayap dan mempunyai kelajuan sebagai aset utamanya telah berjaya menarik minat Datuk K Rajagobal untuk membawanya menyertai PKNS FC musim ini.

 

3. Filemon Anyie Standly (PKNP FC)

Gambar ehsan PKNP FC

Filemon Anyie Standly merupakan bekas pemain Piala Presiden Sarawak 2017. Berasal dari Baram, Marudi beliau mula mewakili pasukan PKNP FC yang berpengkalan di Perak di dalam pertandingan Piala Presiden 2018 dan mewakili pasukan bolasepak Perak dalam kejohanan Sukma Perak 2018. Beliau berjaya membantu pasukan tuan rumah meraih pingat emas dalam kejohanan tersebut. Pada musim ini pemain yang boleh bermain di bek kiri atau kanan pasukan itu dinaikkan pangkat untuk mewakili pasukan Senior PKNP FC dibawah kendalian jurulatih Abu Bakar Fadzim.

 

4. ASHRI CHUCHU (KLFA)

Ashri Chuchu merupakan pemain sayap yang tidak asing lagi dengan peminat bolasepak di Sarawak. Bakatnya mula terserlah bersama dengan pasukan belia dan presiden Sarawak serta pernah menyarung jersi pasukan B23 negara. Mula menyarung jersi pasukan Kuala Lumpur FA (KLFA) pada musim 2018 dan akan terus menabur bakti bersama skuad wargakota untuk saingan Liga Super musim ini.

 

5. Azman Chuchu

Gambar ehsan KLFA 

Azman Chuchu (kiri dalam gambar) adalah seorang lagi pemain sayap yang akan bersama dengan pasukan Kuala Lumpur FA (KLFA) musim 2019 ini. Beliau juga adalah adik kepada Ashri Chuchu mula dikesan bakatnya ketika bersama dengan pasukan belia dan presiden Sarawak. Musim lepas beliau ditandatangani oleh pasukan yang bermasalah iaitu Marcerra Kuantan FA yang disingkirkan dari Liga Premier oleh pihak MFL di awal musim yang menyebabkan Azman kurang beraksi namun pada musim ini akan mengikuti jejak langkah abang nya ke KLFA untuk saingan Liga Super 2019.

 

Semoga Berjaya Anak Sarawak!

Artikel SSB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!