Manchester United pasti dilanyak PSG – Neymar

Neymar memberi amaran kepada Manchester United bahawa Paris Saint-Germain yakin menang dalam Liga Juara-Juara kerana mereka telah ‘memenangi segala-galanya’.

United menjadi tuan rumah gergasi Perancis di Old Trafford pada 12 Februari sebelum aksi kedua di Paris pada 6 Mac.

PSG menjadi pilihan untuk maju ke lapan terakhir.

Trio penyerang yang akan merobek pertahanan skuad Ole Gunnar Solskjaer

Juara liga Perancis ini telah memenangi 16 perlawanan berturut-turut tetapi mereka adalah antara ‘favourite’ untuk memenangi kejohanan Liga Juara-Juara dan Neymar yakin mereka boleh lepas segala halangan termasuk dari The Red Devils.

“Kami memenangi segala-galanya,” kata Neymar kepada Canal +. 

“Kami menyedari ia sukar, tetapi pasukan kami boleh melakukannya, kami mempunyai pemain berkualiti tinggi, kami buat sasaran tinggi, kami berada di landasan yang betul, kami mempunyai perlawanan hebat [menentang Manchester United]. perlawanan hebat untuk pencinta bola sepak, dan kami gembira menghadapi pasukan hebat. “

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!