Van Der Sar kembali ke Old Trafford?

Manchester United dilaporkan mempertimbangkan bekas penjaga gol, Edwin van der Sar untuk jawatan pengarah bola sepak. Ketua eksekutif Ed Woodward begitu komited untuk melantik seorang pengarah bola sepak sebelum mengumumkan pengurus tetap The Red Devils.

Langkah ini sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula jangka panjang di Old Trafford.

RB Leipzig’s Paul Mitchell juga difahamkan menjadi salah seorang calon untuk mengisi jawatan itu.

Van der Sar kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di Ajax, yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan itu dari tugas terdahulu sebagai pengarah pemasaran pada tahun 2016.

Pemain berusia 48 tahun itu menghabiskan masa enam tahun sebagai pemain bersama United dari tahun 2005 hingga 2011, membuat 266 penampilan untuk kelab itu dalam semua pertandingan dan membantu mereka ke empat gelaran Liga Perdana, Liga Juara-Juara 2008 dan Piala FA.

Kepada mereka yang berminat boleh hantar resume ke e-mail Manchester United.

#SSBNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!