Meriam kami akan kejutkan Manchester United

Komen jurulatih Arsenal, Unai Emery tentang Manchester United:

“Ia satu pasukan yang berbeza. Mereka punya pemain yang sama tetapi kini bermain dengan prestasi yang hebat sekarang.

“Saya menonton perlawanan terakhir mereka dan setiap pemain mempunyai keyakinan tinggi, dengan persembahan yang besar, dan kini mereka sangat berbahaya.

“Bagi kami, ia bagus kerana ia merupakan ujian yang sangat besar bagi kami dalam pertandingan ini.”

Henrikh Mkhitaryan tidak akan beraksi menentang kelab lama disebabkan kecederaan metatarsal.

Pengurus pengurus pasukan Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer:

“Menentang Arsenal memang dijangkakan sengit. Bukan perkara pelik kerana ia telah pun terjadi sejak saya masih bermain.

“Kami sentiasa menjadi saingan terdekat, mereka memenangi dua piala, kami menang treble.

“Kami mempunyai pasukan yang hebat, dan mereka mempunyai pasukan yang sangat bagus. Anda boleh jangkakan perlawanan yang menarik antara kami nanti.”

Pogba dijangka menjadi match decider pada awal pagi nanti. Beliau berada dalam prestasi terbaik bersama United.

Fakta Perlawanan

  • Arsenal hanya memenangi dua perlawanan Piala FA sebelum ini di tempat sendiri menentang Manchester United.
  • Bagaimanapun, Gunners hanya memenangi satu daripada enam pertemuan terakhir dalam semua pertandingan (D2, L3).
  • Terdapat 5 kad merah dalam lapan perlawanan Piala FA yang lepas melibatkan kedua-dua belah pasukan.

Perlawanan ini akan disiarkan diĀ Astro SuperSport 3 (816)

Masa: 3:55 pagi esok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!