Kembali beraksi di Stadium Sarawak, tetapi..

Seperti yang diumumkan oleh Presiden Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais untuk musim ini Sarawak akan menggunakan Stadium Sarawak. Ia semestinya berita yang menggembirakan untuk penyokong-penyokong pasukan Ngap Sayot tapi ia cuma sementara.

Pasukan Sarawak akan kembali ke Stadium Negeri selepas lampu limpah telah dibaik pulih oleh Sarawak Sport Corporation (SSC). Di samping itu kualiti padang juga mesti diperiksa dengan lebih rapi memandangkan ia tidak digunakan sekian lama. Ia untuk mengelak pemain-pemain dari mendapat kecederaan dek kerana padang terlalu keras dan tidak diselenggarakan dengan sepatutnya.

#SSBNews

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!