[History Channel]: Sarawak 0-4 Aston Villa, hatrik oleh David Platt

Tak ramai peminat bolasepak Sarawak tahu bahawa perlawanan persahabatan melibatkan pasukan Sarawak menentang Aston Villa pada tahun 1991. Pada waktu itu Sarawak pada kemuncak prestasi dibawah bimbingan Alan Vest yang memiliki trio import power seperti David Evans, Jeff Curran dan John Hunter.

Aston Villa pada waktu itu membuat jelajah Asia dengan menentang tiga buah pasukan terkuat di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Sarawak dan pasukan kebangsaan Malaysia.

David Platt bersama Zapri Manai, Dahlan Matussin dan Khairul Jamel.

Antara bintang utama yang berada dalam pasukan Aston Villa pada waktu itu adalah David Platt dan Tony Cascarino. Mereka berdua adalah regular player untuk pasukan kebangsaan England.

David Platt

Berikut adalah keputusan perlawanan siri persahabatan Aston Villa sepanjang berada di Malaysia,

Aston Villa tour of Malaysia 1991

14th May 1991: Kuala Lumpur 1-2 Aston Villa
[Miladin Kuc 20′ / David Platt 48′, Gary Penrice 84′]
16th May 1991: Sarawak 0-4 Aston Villa
[David Platt x 3 goals, Garry Williams]

20th May 1991: Malaysia 0-4 Aston Villa
[Gary Penrice 21′, Tony Cascarino 25′, Neil Cox 73′, Garry Williams 79′]

Pada waktu itu benteng pertahanan Sarawak antara yang terkebal di dalam Liga Malaysia.

Sewaktu temuramah Shoot Sampei Bisak bersama Alan Vest dua tahun lepas, pada awal tahun pertama beliau bersama Sarawak dia fokus pada pertahanan.
Katanya lagi, sebabnya cukup madah. Seandainya pertahanan kebal, jika pasukan Sarawak ada peluang melalui set piece – kita ada peluang jaringkan gol.
Biarpun hanya menang tipis 1-0, menang tetap menang.

#HistoryChannel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!