Final Piala Asia: Jepun lawan Qatar malam ini jam 10

Jepun yang telah menjadi juara sebanyak 4 kali Piala Asia akan bertembung dengan Qatar, negara terkecil yang pernah layak ke aksi final ini.

Kali terakhir Qatar menang ke atas Jepun dalam Piala Asia ialah 31 tahun yang lalu dengan jaringan 3-0.

Dua pemain yang mencuri tumpuan malam ini adalah Yuya Osako yang kembali dari kecederaan dan menjaringkan 2 gol dalam aksi separuh akhir.

Bagi Qatar pula, harapan menggunung di bahu penyerang sensasi mereka yang baru berusia 23 tahun iaitu Almoez Ali.

Beliau telah menyamai rekod dipegang oleh Ali Daie dengan menjaringkan 6 gol sepanjang Piala Asia. Andaikata dia menjaringkan gol malam ini,

Almoez Ali akan mencipta sejarah baru kejohanan.

Mari kita sama-sama saksikan pertembungan hebat di antara dua pasukan malam ini.

Admin pilih pasukan Qatar sebagai juara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!