Sah, mayat dijumpai dalam rangka pesawat adalah Emiliano Sala

Menurut laman BBC News, mayat kedua-dua individu itu telah pun dijumpai. Di dalam kenyataan dibuat oleh pegawai penyiasat:

“The body brought to Portland Port today, Thursday 7 February 2019, has been formally identified by HM Coroner for Dorset as that of professional footballer Emiliano Sala.”

Pihak Air Accidents Investigation Branch (AAIB) telah mengesahkan yang proses ini telah pun disertai oleh sebuah badan khas yang untuk membantu mereka kerana keadaan cukup mencabar ketika ini.

Sebelum ini, mereka menggunakan teknik pencarian secara remotely operated underwater vehicle atau ROV selepas pencarian dilakukan semula.

Ianya diteruskan hasil dari derma orang ramai menerusi laman GoFundMe yang berjaya mengumpul  £324,000 untuk mulakan carian.

Hasilnya, mereka berjaya menemui pesawat malang itu di dijumpai di sekitar Guernsey.

Kesukaran untuk membawa pesawat itu semula jelas sukar apabila mereka berdepan dengan cabaran cuaca buruk di kawasan tersebut.

“Keadaan cuaca yang tidak baik untuk masa yang lama jadi ia merupakan keputusan yang berat untuk menamatkan operasi ini.”

Penyokong pasukan Cardiff berkabung di luar Stadium

Nantes telah mendesak Cardiff City untuk membayar jumlah perpindahan Sala secara penuh berjumlah £15 juta pound sterling.

Sebelum ini, kedua-dua kelab bersetuju untuk membayar pemain tersebut secara ansuran selama 3 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!