Dua gol Bobby Gonzales ranapkan Pulau Pinang

Kuching – Sarawak berjaya menundukkan Pulau Pinang dengan jaringan 2-0 di Stadium Negri petang tadi. Kedua-dua jaringan telah dilakukan oleh penyerang berbisa Bobby Gonzales pada minit ke-63 dan ke-80.

Separuh masa pertama berkesudahan dengan 0-0. Tempo permainan pantas serta banyak aksi kekasaran.

Pada minit ke-53 Muamer Salibasic dikeluarkan dan jurulatih Mohd Farhan memasukkan pemain import baru dari Brazil iaitu Hudson. Kemasukannya merubah perlawanan dengan larian pantas serta fizikal nya yang tegap.

Gol pertama berpunca dari hantaran jauh dilakukan oleh pemain muda Billy Gibson yang beraksi cemerlang di bahagian pertahanan tengah, bergandingan dengan Pedro ‘The Bintawak’. Bobby yang tidak dikawal menanduk kencang menewaskan penjaga gol lawan.

Jaringan gol kedua pula terhasil melalui gerakan counter attack yang dijana oleh Benedict Martin yang melakukan hantaran assist tepat kepada Bobby. Beliau yang berjaya melepasi perangkap offside tenang menyumbat masuk gol kedua.

Hudson juga mempunyai peluang keemasan untuk aksi debut tapi keputusannya berdepan satu sama satu dengan penjaga gol untuk menggelecek gagal. Seharusnya beliau terus membuat finishing.

Tamat perlawanan, Sarawak menang 2-0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!