Permata dari Kalimantan

Pemain import bertubuh kecil dari Kalimantan, Muhammad Rian Firmansyah telah pun mengharungi aksi pertama beliau bersama pasukan Sarawak pada perlawanan kedua Liga Premier menentang Pulau Pinang pada hari sabtu yang lalu.

Namun sudah ada kedengaran suara-suara penyokong yang mempersoalkan kebolehannya sebagai pemain import berdasarkan prestasi yang diperagakan ketika menentang Pulau Pinang.

Umum mengetahui, Rian adalah seorang pemain yang licik namun pada perlawanan tersebut, tidak ramai mengetahui yang Rian sebenarnya beraksi bukan di posisi asal ataupun kegemarannya.

Bukan niat hendak memberikan alasan namun beliau jelas agak kekok beraksi di sayap kiri menggantikan Abdul Rahim yang mengalami kecederaan.

Pada masa yang sama Rian juga menyatakan yang beliau sebenarnya tiada masalah untuk bermain di mana-mana posisi dan akan mematuhi segala arahan jurulatih demi kepentingan pasukan.

Bagi admin, Rian sebenarnya berpotensi untuk pergi jauh dan percaya penyokong Sarawak akan terus memberi galakan dan sokongan kepada Rian walaupun bertubuh ‘milus’ kata orang Sarawak.

Buat Rian teruskan berusaha. Anda bisa!

 

#SSBNEWS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!