Milik siapakah Stadium Negeri?

Milik siapakah sebenarnya Stadium Negeri di Petra Jaya, Kuching? Kami mengajukan soalan tersebut kepada pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS). Menurut pihak FAS, Stadium Negeri adalah hak milik dan seliaan Sarawak Sports Corporation (SSC). Kenyataan sebelum ini yang menyatakan bahawa Stadium Negeri telah diserahkan kepada pihak FAS adalah tidak tepat dan sehingga ke hari ini, pihak …

Perlawanan A-League bakal diadakan di Sarawak

Perjanjian persefahaman (MoU) diantara FAS dan Perth Glory akan membuka lembaran baru dalam sejarah bolasepak Malaysia am nya dan bolasepak Sarawak khas nya apabila perlawanan Liga Australia (A-League) bakal diadakan di Kuching.   Walaupun belum menetapkan tarikh dan venue perlawanan, ura-ura mengatakan bahawa Stadium Sarawak bakal digunakan sebagai venue perlawanan manakala tarikh akan ditetapkan kemudian …

Menang tetapi terkilan

Jurulatih Sarawak, Ian Gillan melahirkan rasa terkilan dan kurang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya walaupun menang 2-1 menentang Ukm FC tempoh hari.   Beliau berkata anak buahnya sepatutnya boleh bermain dengan lebih baik namun beliau tetap berbangga dengan semangat juang yang ditunjukkan anak buahnya untuk mempertahankan kedudukan meskipun menerima asakan bertali arus pasukan pelawat …

Jangan pandang rendah kemampuan pasukan lawan

Begitu ungkapan ketua jurulatih Sarawak, Ian Gillan apabila diajukan soalan kenapa pasukannya terpaksa bergelut sepanjang perlawanan sebelum berjaya menumpaskan Misc-Mifa tempoh hari.   Ternyata walaupun mencapai kemenangan, masih ada cakap-cakap yang kurang berpuas hati dengan prestasi keseluruhan anak buahnya yang dilihat masih bertungkus lumus untuk mencapai prestasi sebenar.   Bagi Ian, pasukan Misc-Mifa merupakan sebuah …

Sarawak bakal tandatangani pemain baru

Pasukan Liga Premier Sarawak bakal menandatangani pemain baru pada jendela perpindahan pemain yang akan dibuka bulan hadapan. Pemain yang dimaksudkan adalah pemain pertahanan pasukan Gedong Gators yang beraksi di kejohanan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) musim 2017/2018, Gibson Billy. Jurulatih Sarawak, Ian Gillan berpuas hati dengan prestasi pemain muda berusia 18 tahun itu dan menyifatkan Gibson …