Antarabangsa

Messi Tidak Ke Singapura, Peminat Kecewa

Jun 10, hasrat peminat bolasepak di Singapura untuk melihat aksi Lionel Messi pada perlawanan persahabatan di antara Singapura dan Argentina pada 13 Jun tidak kesampaian. Akhbar The Clarin melaporkan pemain ini akan pulang ke Argentina selepas perlawanan persahabatan di Australia. Messi dikatakan mahu bersama keluarganya untuk urusan persiapan perkahwinan di Rosario, Argentina. Pada tahun 2013. Lionel Messi pernah mengecewakan …

Tommy Mawat & Skuad Projek Sukan SEA 2017 Berlepas Ke China

Jun 8, pemain sayap kiri Sarawak Tommy Mawat yang terpilih untuk skuad Projek Sukan SEA 2017 akan berlepas ke Xiangtan, China tengah hari ini untuk perlawanan di China. Malaysia akan mengadakan perlawanan persahabatan pertama bertemu skuad B-22 China pada Sabtu ini. Seterusnya akan menentang skuad simpanan Guangzhou R&F FC (13 Jun) dan skuad simpanan Guangzhou Evergrande FC  (15 …

Buffon Kecewa Kali Ketiga Di Final Liga Juara Eropah

Jun 5, Gianluigi Buffon tampil selaku kapten Juventus selama 90 minit penuh dalam perlawanan akhir Liga Juara Eropah 2017 menentang Real Madrid . Namun, akhirnya pemain lagenda berusia 39 tahun ini terpaksa memungut bola dari gawangnya sendiri sebanyak empat kali. Kegagalan ini adalah yang ketiga buat Buffon di pentas akhir Liga Juara Eropah untuk bergelar selaku juara. …

[UEFA Super Cup] Real Madrid Temu Manchester United

“See you in the UEFA Super Cup!” Begitulah tweet daripada akaun twitter rasmi Manchester United setelah tamat perlawanan akhir di antara Liga Juara Eropah di antara Real Madrid dan Juventus. Selaku juara Liga Juara Eropah 2017, Real Madrid akan bertemu Manchester United yang muncul juara Liga Europa 2017. Perlawanan ini dijadualkan akan berlangsung pada 8 Ogos 2017 …

[Video] Jaringan Hebat Oleh Mario Mandzukic

Satu-satunya pengubat duka buat Juventus ialah pengiktirafan kepada gol luarbiasa Mandzukic yang boleh dianggap antara yang terhebat dalam sejarah perlawanan akhir Liga Juara Eropah moden. Penyerang Croatia itu berjaya melakukan sepakan akrobatik yang cukup sempurna di depan ribuan penyokong di Stadium Principality membuatkan Zinedine Zidane sendiri tersenyum menyaksikannya. Berikut adalah senarai penjaring gol hebat dalam aksi perlawanan akhir …

3 Perkara Tentang Final UCL 2017 Real Madrid 4-1 Juventus

Juventus berjaya menguasai awal perlawanan dengan beberapa percubaan yang berbahaya, namun segalanya bertukar corak di separuh masa kedua. 3 perkara kita belajar daripada perlawanan ini. Christiano Ronaldo: Penyerang Paling Berbisa Dunia 42 gol daripada 46 perlawanan, dan 105 gol keseluruhan pada Liga Juara Eropah. 10 gol daripada 5 perlawanan terakhir termasuk di suku akhir, separuh akhir dan …

Real Madrid Juara Liga Juara Eropah 2017

Jun 4, Juventus yang bangga dengan rekod pertahanan hanya bolos tiga kali daripada 12 perlawanan UCL 2017 akhirnya rebah di kaki Real Madrid. Real Madrid menang bergaya apabila membelasah lawan dengan jaringan 4-1 menerusi jaringan Cristiano Ronaldo (min 2o, 64), Casemiro (min 61) dan Marco Asensio Willemsen (min 90). Buffon sekali lagi terpaksa akur kehebatan Ronlado pada pertemuan peribadi …

Siapa Bakal Juara UCL 2017 ? Real Madrid atau Juventus ?

Jun 3, pasukan manakah yang anda inginkan untuk bergelar juara Liga Juara Eropah musim 2016/2017 ? Jika di Malaysia, komuniti fan base kedua-dua pasukan ini mungkin tidaklah sebesar penyokong kelab seperti Manchester United. Chelsea, Liverpool dan sebagainya. Namun, perlawanan akhir piala berprestij ini tetap menjadi tumpuan. Bagi kami, perlawanan ini lebih kepada pertembungan jentera serangan …