Liga Super

Pemain Layak Dapat Pujian – Pengiran Bala

Ogos 6, jurulatih Sarawak Pengiran Bala boleh menarik nafas sedikit lega dengan kemenangan semalam meskipun masih belum selamat dari zon penyingkiran. Menurut Pengiran Bala, pemain-pemain beraksi dengan cukup baik mengikut perancangan yang telah diatur dan pemain-pemain layak mendapat pujian diatas persembahan cemerlang semalam. Kemenangan semalam juga menandakan berakhirnya penantian kemenangan pertama di tempat sendiri selepas …

Man Of The Match: Jimmy Raymond

Bagi perlawanan malam tadi, admin tertarik dengan corak permainan Jimmy di bek kanan. Walaupun masih muda, decision making dan consistency beliau dari awal hingga hujung perlawanan merupakan satu berita gembira buat peminat bolasepak Sarawak. Jika selama ini posisi kanan merupakan slot automatik milik Addo, dengan adanya Jimmy kedua-dua pemain pasti akan meningkatkan prestasi masing-masing untuk …

[Liga Super] Sarawak Catat Kemenangan Pertama Tempat Sendiri, Menang 2-0

Ogos 5, setelah menanti selama 182 hari Sarawak akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan pertama di Stadium Negeri. Kemenangan ini hadir setelah berjaya menewaskan Pulau Pinang dengan jaringan 2-0. Pertemuan yang dianggap sebagai relegation battle kerana kedua-dua pasukan perlukan tiga mata penuh untuk mengelakkan diri dari jatuh ke Liga Perdana. Terikat 0-0 di separuh masa pertama, Sarawak berjaya bangkit di …

Nasib Sarawak Semakin Suram, Tewas 2-4 Kepada Melaka

Julai 26, Sarawak hanya mampu menyalahkan diri sendiri setelah tewas 2-4 kepada Melaka dalam perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Tiada apa yang dapat diperkatakan setelah melepaskan tiga gol dalam tempoh sembilan minit di babak pertama dan satu gol di lewat penghujung perlawanan kepada lawan meskipun pada satu ketika berjaya mendahului …

[Liga Super] Melaka Dahului Sarawak 3-2

Julai 26, Sarawak gagal mempertahankan kelebihan dua gol pertengahan babak pertama apabila gagal menyekat kebangkitan Melaka yang berjaya bangkit dalam tempoh sembilan minit untuk mendahului Sarawak 3-2. Sarawak terlebih dahulu mengejutkan Melaka menerusi jaringan Mateo Roskam pada minit 23, sebelum Tommy Mawat melebarkan kedudukan kepada 2-0 pada minit 30. Namun, kegembiraan Sarawak tidak kekal lama …

[Liga Super] Cari Kemenangan Pertama Di Tempat Sendiri

Julai 20, satu-satunya perkara yang masih gagal dilakukan oleh Sarawak setakat ini ialah meraih kemenangan di tempat sendiri dalam saingan Liga Super 2017. Daripada 7 aksi di tempat sendiri, Sarawak mencatatkan 3 seri dan kalah 4 kali. Berdasarkan perkembangan positif sejak Pengiran Bala mengambil alih pasukan, mungkinkah sentuhannya bakal menyaksikan Sarawak berjaya mencatatkan kemenangan pertama …

[Liga Super] Ghaddar Letakkan JDT Di Depan, Dahului Sarawak 1-0

Julai 15, JDT berjaya mendahului Sarawak dengan jaringan 1-0 di separuh masa pertama hasil jaringan Ghaddar pada minit ke 11. Pengendali Sarawak Pengiran Bala melakukan beberapa rombakan dengan meletakkan Mazwandi, Alif serta Aidil Mohamad dalam skuad utama ekoran kecederaan dan penggantungan pemain. Sebaik saja perlawanan dimulakan Sarawak berdepan dengan asakan serta gerakan-gerakan pantas pemain JDT …